Sabtu, 22 Maret 2014

13 Perkara mengenai Rasullulah Sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Ya Rasulullah.. aku rindukanmu...

Ya Rasulullah..
aku rindukanmu...
aku cintakanmu ya Rasulullah..
tapi aku selalu mendustakannya,,
Aku seringkali meletakkan cintamu
rendah daripada cintaku kepada dunia..

Aku malu padamu ya Rasulullah..
Dikau mencintai aku sebelum aku sendiri lahir ke dunia.
ya Rasulullah..
betapa hina dinanya diri ini..
aku seringkali menyatakan aku cintakan dikau,
tapi sunnahmu,ajaranmu seringku lupakan.
Ya Rasulullah...
sangggupkah kau untuk mengaku aku sebagai
UMMATMU?

ya Ululázm Anbiya'..
dalam sakaratul mautmu,
kau masih lagi ingat pada kami..
"Ummati ummati ummati"
sedangkan kami disini,sering melupakanmu,
bergembira dengan ni'mat dunia yang sementara..
layakkah kami untuk menerima syafaatmu
di akhirat kelak?
ya Rasulullah..
begitu jauhnya jarak kami
dengan martabat keagunganmu..

Ya Rasulullah..
dikau sanggup mengikat perut berlapar..
kau sanggup dilempar batu sehingga capalmu
penuh dengan darah..
kau sanggup dilempar dengan najis..
semuanya kerana KAMI..
untuk kami merasa betapa indahnya menyintai
Allah dan Kekasih agungnya..
subhanallah..
indahnya budi pekertimu duhai
Rasul yang telah dijanjikan syurga.

sungutan 'Aisyah kepda Rasulullah,"Mengapa Rasulullah kau bersusah payah berdiri bersembahyang malam sehingga bengkak-bengkak dua belah kakinya sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau yang lalu dan yang akan datang?"Rasulullah dalam jawapannya berkata:
"Afalaa akuunu a'bdan syakura"
"tidakkah patut untukku menjadi hamba yang bersyukur?"

Ya Rasulullah,
betapa gembiranya dikau,
ketika Allah akan berselawat kembali kepada kami
andai kami berselawat pada Rasulullah..
bukannya dikau gembira kerana namamu disebut-sebut.
tapi kerana ganjaran yang besar buat ummatmu yang berselawat padamu.
Ya Rasulullah..
mulianya akhlakmu..
betapa dikau cintakan kami..


Ya Rasulullah..
aku begitu cemburu dengan sahabatmu,Abu Bakar As-Siddiq,
kerana beliau sering bersamamu kemana sahaja.
beliaulah yang membenarkan segala kata-katamu..
beliau juga rakan seperjuanganmu dikala
menyebarkan agama Allah di muka bumi ini..
aku ingin berada di tempatnya..
menjadi temanmu yang sejati..
aku ingin
melihat cahaya wajahmu setiap hari..
aku ingin
menatap senyuman manismu yang bisa mencairkan hati mereka yang
melihatnya..
Aku ingin
mendengar kata-kata indah daripada mulutmu,
agar bertambah keimanan ku pada Allah..
duhai Abu Bakar sahabat Rasulullah yang tercinta,
aku cemburu padamu..

tatkala tiba masa kewafatanmu duhai Rasulullah,
Para sahabat tidak dapat menerimanya.
sehinggakan tangisan mereka di rumah Saiditina Áisyah
didengari sehingga ke luar rumah.

Umar tak dapat menerima sehingga
berkata "sesiapa yang berkata Rasulullah sudah mati,akan kulibas dengan pedangku ini"

Abdullah bin Zaid tidak dapat menahan sebak sehingga
berdoa pada Allah;
"Ya Allah,ambillah penglihatanku ini sehingga aku tidak dapat melihat
sesiapapun selepas Rasulullah sallahua'laihi wassalam"
belum sempat beliau habiskan doa,Allah sudah menarik ni'mat penglihatannya.

begitu juga sahabat yang lain,sehinggakan ada yang berdoa
"Ya Allah,ambillah nyawaku ini dan tiada lagi kehidupan selepas Muhammad"
pada saat itu jualah Allah menarik nyawanya dan jatuh rebahlah ke bumi.

saidina Uthman pula terdiam membisu,tidak dapat berkata apa-apa kerana
fikirannya bercelaru dan bingung.

betapa tingginya cinta yang mereka letakkan
padamu ya Rasulullah setelah Allah..
aku malu..
siapalah Rasulullah di hati kita duhai ummat akhir zaman?

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:
"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya,tidak beriman seseorang kamu
sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya
dan anaknya"
(hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selasa, 04 Februari 2014

Happy 8th Anniversary

Happy 8th Anniversary












Sabtu, 04 Januari 2014

6 PERKARA YANG DAPAT MENGGEROGOTI AMAL-AMAL BAIK

6 PERKARA YANG DAPAT MENGGEROGOTI AMAL-AMAL BAIK :

1. Al istighlal bi’uyubil kholqi (sibuk dengan aib orang lain),
sehingga lupa pada aib sendiri. Semut di seberang kelihatan
sedang gajah di pelupuk mata tidak kelihatan.

2. Qaswatul qulub (hati yang keras). Kerasnya hati terkadang
lebih keras dari batu karang. Sulit menerima nasehat.

3. Hubbud dunya (cinta dunia), takut mati, merasa hidupnya
hanya di dunia saja maka segala aktifitasnya tertuju pada kenikmatan dunia sehingga lupa akan hari esok di akhirat.

4. Qillatul haya’ (sedikit rasa malunya), jika seseorang telah
kehilangan rasa malu maka akan melakukan apa saja tanpa
takut dosa.

5. Thuulul amal ( panjang angan-angan), merasa hidupnya
masih lama di dunia ini sehingga enggan untuk taubat.

6. Zhulmun la yantahi (kezhaliman yang tak pernah berhenti).
Perbuatan maksiat itu biasanya membuat kecanduan bagi
pelakunya jika tidak segera taubat dan berhenti maka sulit
untuk meninggalkan kemaksiatan tersebut.

Astaghfirullahal'azhiim...

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar
di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk
lebih dekat lagi kepada Allah. Aamiin.

Rasulullah shallallahu álaihi wasallam bersabda : “Barang siapa Menunjukkan kepada Kebaikan. Maka ia memperoleh Pahala yang sama seperti yang melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu.” (HR. Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi).

Kamis, 26 Desember 2013

28 KEBIASAAN BAIK YANG HARUS DIAJARKAN KEPADA ANAK


28 KEBIASAAN BAIK YANG HARUS DIAJARKAN KEPADA ANAK

Ketika anak masih dalam usia enam tahun pertama, maka biasakanlah mereka dengan akhlak dan sopan santun seperti ini:
1. Biasakanlah dia mengambil, memberi, makan dan minum dengan TANGAN KANAN. Jika makan dengan tangan kiri, ingatkanlah ia dan pindahkan makanannya ke tangan kanan secara halus.

2. Biasakanlah ia mendahulukan BAGIAN KANAN dalam berpakaian. Ketika menggunakan kain, baju atau lainnya, mulaikanlah dari kanan, sedangkan ketika melepas, MULAIKANLAH DARI KIRI.

3. Biasakanlah ia untuk TIDUR MIRING KE KANAN, dan bukan tidur tertelungkup.

4. Biasakanlah ia untuk tidak memakai PAKAIAN/ CELANA PENDEK, agar anak tumbuh dengan keasadaran menutup aurat dan malu untuk membukanya.

5. Biasakanlah ia untuk tidak menghisap JARI ATAU MENGGIGIT KUKU.

6. Biasakanlah ia untuk BERLAKU SEDERHANA dalam makan dan minum dan jauhkanlah dari sikap rakus.

7. Biasakanlah ia untuk tidak bermain dengan hidung.

8. Biasakanlah ia untuk membaca “BISMILLAH” ketika hendak makan.

9. Biasakanlah ia untuk mengambil makanan yang terdekat dan tidak mulai makan sebelum orang lain.

10. Biasakanlah ia untuk tidak memandang tajam kepada makanan atau orang yang makan.

12. Biasakanlah ia untuk tidak makan dengan tergesa-gesa dan supaya mengunyah makanan dengan baik.

13. Biasakanlah ia untuk makan makanan yang ada dan tidak menginginkan yang tidak ada.

14. Biasakanlah ia untuk MENJAGA KEBERSIHAN MULUT dengan siwak/sikat gigi setelah makan, sebelum tidur dan sehabis bangun tidur.

15. Biasakanlah ia untuk menyilahkan orang lain dalam makanan permainan yang disenangi, dengan dibiasakan agar menghormati saudara-saudaranya, sanak famili yang masih kecil dan anak-anak tetangga jika mereka melihatnya sedang menikmati sesuatu permainan/makanan.

16. Biasakanlah ia untuk membaca “ALHAMDULILLAH” jika bersin, dan mengatakan “YARHAMUKALLAH” kepada orang bersin yang telah membaca “ALHAMDULILLAH”

17. Biasakanlah ia untuk menahan mulut dan menutupnya jika ia menguap dan menjaganya supaya jangan sampai bersuara.

18. Biasakanlah ia untuk mengucapkan terimakasih jika mendapat kebaikan meski sedikit.

19. Biasakanlah ia untuk tidak memanggil ibu dan bapak DENGAN NAMA-NAMA, tapi biasakanlah dengan panggilan Umi (ibu) dan Abi (bapak).

20. Ketika berjalan, biasakanlah ia untuk tidak mendahului kedua orang tua atau siapapun yang lebih tua darinya, dan tidak memasuki sebuah tempat lebih dulu dari kedua orangtuanya untuk menghormati mereka.

21. Biasakanlah ia untuk berjalan kaki di trotoar, bukan di tengah jalan.

22. Biasakanlah ia untuk tidak membuang sampah di jalan, bahkan anjurkanlah untuk menyingkirkan kotoran dari jalan.

23. Biasakanlah ia untuk mengucap salam dengan sopan ke orang yang dijumpai dengan ucapan “ASSALAMU'ALAIKUM” serta membalas salam kepada orang yang mengucapkan.

24. Biasakanlah ia untuk berkata-kata dengan benar dan berbahasa dengan baik.

25. Biasakanlah ia untuk menuruti perintah orang tua atau yang lebih besar darinya, jika ia disuruh seseuatu yang diperbolehkan. Jika membantah, ingatkanlah ia supaya kembali kepada kebenaran dengan suka rela jika hal ini memungkinkan. Jika tidak mungkin, maka paksalah ia untuk menerima kebenaran, karena hal itu lebih baik daripada tetap membantah dan bersikap bandel.

26. Hendaklah orang tua berterimakasih kepada anak jika menuruti perintahnya dan menjauhi larangannya.Bisa juga dengan memberikan hadiah yang disenangi (makanan, minuman, jalan-jalan)

27. Hendaklah orang tua tidak melarangnya bermain selama masih aman, seperti bermain dengan pasir atau permainan yang diperbolehkan, sekalipun menyebabkan baju kotor. Karena, permainan pada usia ini penting untuk jasmani dan akal anak.

28. Biasakanlah ia untuk menghormati milik orang lain, dengan tidak mengambil permainan/makanan orang lain, sekalipun itu milik saudaranya sendiri.

Subhanallah...

Akhlak yang baik dari seorang anak akan melahirkan generasi yang baik pula, generasi pemuda yang taat kepada Allah, berbakti kepada kedua orangtua dan memperhatikan hak-hak bagi saudara muslim yang lain.